TAWARAN KEMASUKAN
1. PROSES PENAWARAN
1.1 Pihak Kolej Komuniti akan melaksanakan perkara berikut:
i. Membuat pemilihan dan penawaran kepada calon yang berjaya melalui
sistem e-Pengambilan setelah menerima data pemohon untuk ditawarkan
daripada JPKK.
ii. Mencetak senarai nama calon yang telah ditawarkan.
2. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
2.1 Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
i. Laman Web: http://upu.mohe.gov.my dan http://www.jpkk.edu.my
ii. Kolej Komuniti dan JPKK.
3. PROSES PENERIMAAN TAWARAN
3.1 Bagi calon yang baharu PERTAMA KALI ditawarkan perlu mengembalikan
dokumen seperti berikut:
i. Borang Jawapan Tawaran (BJT-KK)
ii. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
iii. Lain-lain sijil (jika ada)
iv. Sampul surat berukuran 32cm x 23cm (saiz A4) beralamat sendiri dan
setem RM1.00.
v. Calon yang menolak tawaran akan mengabaikan perkara (ii) hingga (iv).
3.2 Bagi calon yang pernah mengikuti program SMK, calon hanya perlu
mengembalikan dokumen seperti berikut:
i. Borang Jawapan Tawaran (BJT-KK)
ii. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
iii. Salinan Sijil Modular Kebangsaan yang berkenaan yang telah disahkan
iv. Sampul surat berukuran 32cm x 23cm (saiz A4) beralamat sendiri dan
setem RM1.00.
v. Calon yang menolak tawaran akan mengabaikan perkara (ii) hingga (iv).
vi. Kolej yang berkenaan perlu mendapatkan Fail Peribadi Pelajar tersebut
daripada kolej sebelumnya selepas pelajar tersebut mendaftar di kolej
baharu.
3.3 Unit Pentadbiran / Unit HEP / Unit Pengambilan Kolej Komuniti hendaklah
melaksanakan perkara-perkara berikut:
i. Menyemak status warganegara dan umur melalui salinan dokumen yang
dikemukakan oleh calon. Tanda `ü’ jika maklumat sahih. Tanda `X’ dan highlight
pada maklumat yang bercanggah. (rujuk perkara 4 - Tatacara Percanggahan Maklumat).
ii. Menghantar dokumen pendaftaran dengan menggunakan sampul surat
yang disertakan oleh calon.
3 Panduan Pengambilan Pelajar Sijil Modular Kebangsaan Edisi 2
3.4 Pegawai Pengambilan hendaklah mempertimbangkan keadaan berikut jika calon
menghantar Borang Jawapan Tawaran selepas tempoh yang ditetapkan.
i. Sekiranya terdapat kekosongan, terima calon tersebut dan melaksanakan
tatacara 3.1 dan 3.2.
ii. Sekiranya tiada kekosongan, terima calon sebagai calon dalam
pertimbangan.
The Best Online Casinos For Hitting Asian Cuisine - FBCasino 우리카지노 쿠폰 우리카지노 쿠폰 바카라사이트 바카라사이트 우리카지노 쿠폰 우리카지노 쿠폰 600Toto - 직직직직직직직직직직 직
BalasPadam