PENDAFTARAN PELAJAR
Kolej Komuniti dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar untuk memastikan proses pendaftaran berjalan dengan sistematik, teratur dan lancar.
1. Tarikh Pendaftaran
1.1 Pihak Kolej Komuniti akan memaklumkan tarikh pendaftaran.
2. Proses Pendaftaran
2.1 Sebelum Pendaftaran
2.1.1 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar.
2.1.2 Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar hendaklah menyediakan keperluan
pendaftaran berdasarkan Kolej Komuniti masing-masing.
2.1.3 Pegawai Pengambilan dikehendaki memantau proses pendaftaran.
2.2 Pada Hari Pendaftaran
2.2.1 Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar hendaklah menjalankan tugas-tugas
berikut:
i. Penyemakan dokumen
ii. Pembayaran/resit
iii. Pendaftaran pelajar - secara on-line atau off-line
iv. Kutipan borang (BHHP 1 - BHHP 6) untuk Fail Peribadi Pelajar bagi
calon yang pertama kali ditawarkan.
v. Bagi pelajar yang pernah mengikuti program SMK sebelum ini, fail
peribadi pelajar tersebut perlu diperolehi dari kolej sebelumnya
selepas pelajar tersebut mendaftar.
2.2.2 Jawatankuasa pendaftaran pelajar hendaklah menyemak dokumen asal.
i. Tandakan `ΓΌ’ jika maklumat sahih. Tandatangan dan catatkan tarikh
dalam ruang yang disediakan.
ii. Tandakan `X’ dan highlight pada maklumat yang bercanggah,
tandatangan dan catatkan tarikh dalam ruang yang disediakan.
Serahkan kepada Pegawai Pengambilan untuk tindakan seterusnya.
(rujuk perkara 4 -Tatacara Percanggahan Maklumat).
2.3 Selepas Hari Pendaftaran
2.3.1 KJKK/KJ boleh mendapatkan senarai nama dari Sistem Pengurusan
Maklumat Bersepadu secara online (iDBMS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan