Kolej Komuniti Rompin

Kolej Komuniti Rompin

Waktu Solat Kawasan Rompin

Khamis, 14 April 2011

Asrama Kolej Komuniti Rompin



Para pelajar boleh memohon asrama dengan mengisi borang permohonan dan mengisi borang butiran peribadi. Sila klik di sini untuk mendapatkan borang asrama

1) Borang permohonan
2) Borang butiran diri

Para pelajar perlu memahami peraturan am yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Berikut disenaraikan peraturan am :

PERATURAN DI ASRAMA KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

ANTARA KESALAHAN DI ASRAMA YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN / PEMBUANGAN PELAJAR DARI ASRAMA


1)      MENCEMAR NAMA BAIK KOLEJ KOMUNITI, KAKITANGAN ATAU PELAJARNYA DENGAN KELAKUAN, KATA-KATA ATAU TULISAN MENERUSI APA JUA BENTUK MEDIA CETAK MAHUPUN ELEKTRONIK

2)      MEROSAKKAN HARTA BENDA DI ASRAMA (VANDALISME) DAN MENGOTORKAN BILIK ASRAMA

3)      MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI DI ASRAMA

4)      MEMBAWA ORANG ASING MENGINAP DI BILIK ASRAMA TANPA KEBENARAN BERTULIS

5)      BERPINDAH / BERTUKAR BILIK LAIN TANPA KEBENARAN DAN PENGETAHUAN PENYELIA ASRAMA / WARDEN BLOK

6)      BERPAKAIAN MENJOLOK MATA / KURANG SOPAN / BERSELUAR JEANS ADALAH DILARANG SAMA SEKALI

7)      MENCEROBOH KE BILIK BERLAINAN JANTINA

8)      MEMINUM / MENGEDAR / MENYIMPAN / MENYOROK / MEMBUAT / MENGHISAP / MEMPUNYAI APA JUA ALAT BERKAITAN DENGAN ROKOK / TEMBAKAU / NAJIS DADAH / GANJA / BAHAN LUCAH / MINUMAN YANG MEMABUKKAN

9)      BERGADUH, TERLIBAT ATAU BERSUBAHAT DENGAN PERGADUHAN SAMADA DI DALAM ATAU DI LUAR ASRAMA

10)  BERKELAKUAN SUMBANG ATAU TIDAK SOPAN SEPERTI BERCUMBU-CUMBUAN ATAU BERKHALWAT DAN MEMBUAT SEBARANG PERILAKU ATAU ISYARAT LUCAH SAMADA DI DALAM ATAU DI LUAR ASRAMA

11)  MELIBATKAN DIRI DENGAN KEGIATAN MENCURI, MEROMPAK, MENYAMUN, MEMERAS UGUT DAN MENCULIK


SYARAT-SYARAT MENDIAMI ASRAMA


Semua pelajar baru diberi keutamaan mendiami asrama. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan asrama dan polisi Kolej Komuniti Rompin.

Tawaran kepada pelajar lama bagi mendiami asrama ditentukan oleh Ketua Warden bergantung kepada kekosongan. Keutamaan diberi kepada kriteria berikut:
(a)                pendapatan dan tanggungan keluarga
(b)               jarak antara rumah dengan kolej
(c)                aktif dalam kegiatan ko-kurikulum & prestasi yang cemerlang dalam akademik.
(d)               pelajar yang telah memberi sumbangan kepada asrama dan Kolej Komuniti
(e)                tiada tindakan tatatertib
(f)                Orang Kurang Upaya

Pelajar yang berminat untuk mendiami asrama perlu mengisi borang permohonan yang   boleh didapati di Hal-Hal Pelajar. Pengarah atau Ketua Warden boleh menarik balik tawaran mendiami asrama atas sebab-sebab kepentingan Kolej Komuniti pada bila-bila masa. Keputusan pemilihan mendiami  asrama adalah muktamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan