Kolej Komuniti Rompin

Kolej Komuniti Rompin

Waktu Solat Kawasan Rompin

Rabu, 13 April 2011

PENGURUSAN PELAJAR

PENGURUSAN PELAJAR

1.    PERTUKARAN KOLEJ KOMUNITI

1.1    Pelajar  TIDAK  dibenarkan  bertukar  kolej  semasa  sedang  mengikuti  sesuatu SMK.

1.2    Pelajar  dibenarkan  memohon  terus  ke  kolej  yang  dikehendaki  setelah  tamat menjalani setiap SMK.

2.    PERTUKARAN PROGRAM

2.1    Calon yang belum mendaftar
Semua rayuan pertukaran program hendaklah dikemukakan oleh calon kepada Kolej Komuniti yang ditawarkan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak Kolej Komuniti kepada calon.

2.3    Pelajar yang telah mendaftar
Rayuan  pertukaran  program  perlu  dikemukakan  kepada  pihak  Kolej  Komuniti berkenaan dalam tempoh TUJUH  (7) hari dari tarikh pendaftaran rasmi  (rujuk Lampiran F). Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak Kolej Komuniti kepada calon.

2.3.1    Pegawai Pengambilan   hendaklah melaksanakan langkah berikut:
i.    Meminta pelajar mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program.
ii.    Mengemukakan borang kepada KJKK/KJ untuk kelulusan.
iii.    Menyerahkan salinan borang yang telah diluluskan kepada pelajar.

2.3.2    Pelajar  yang  berjaya  perlu  melapor  diri  untuk  SMK  baharu  dan  tidak
dibenarkan kembali ke SMK sebelum ini.

2.3.3    Pengawai Pengambilan perlu berhentikan pelajar tersebut dari SMK asal
dan  mendaftarkan  semula  pada  SMK  yang  baharu  di  dalam  Sistem iDBMS.

2.3.4    Pelajar perlu membayar semula Yuran Pengajian bagi SMK yang baharu.

3.    PENANGGUHAN PENGAJIAN

3.1    Semua  rayuan  penangguhan  pengajian  hendaklah  dikemukakan  oleh  calon
kepada Pengarah Kolej Komuniti. Pemohon perlu mengisi Borang Penangguhan
Pengajian  (rujuk Lampiran G). Sila sertakan dokumen sokongan  (surat rayuan
pelajar / ibubapa / penjaga atau laporan kesihatan) jika ada.

3.2    Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak   Kolej Komuniti kepada calon.

3.3    Bagi  pelajar  yang  tidak  menghadiri  kesemua  kelasnya  melebihi    25%  dari keseluruhan  jam  kehadiran  akan  diklasifikasikan  sebagai  Pelajar  Lari  dari Pengajian dan ditangguhkan secara automatik. Pensyarah kelas perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian pelajar tersebut (rujuk Lampiran H).

4.    BERHENTI PENGAJIAN

4.1    Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti hendaklah melaksanakan langkah-langkah berikut:
i.    Meminta pelajar mengisi Borang Berhenti (rujuk Lampiran I).
ii.    Menerima  keputusan  daripada  Pengarah  dan  memaklumkan  keputusan permohonan kepada pelajar.
iii.    Mengedarkan  salinan  surat  makluman  tarikh  kuatkuasa  berhenti  jika
diluluskan kepada:
a.   KJKK / KJ / Ketua Program / Pensyarah Kelas
b.   Pegawai Hal Ehwal Pelajar
c.   Pegawai Peperiksaan

4.2    Mengemaskini data pelajar dalam pangkalan data.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan