Kolej Komuniti Rompin

Kolej Komuniti Rompin

Waktu Solat Kawasan Rompin

Jumaat, 6 Mei 2011

Panduan Kemasukan SMK

Ramai di kalangan pelajar tertanya bagaimana hendak memohon kemasukan ke Kolej Komuniti Rompin samada SMK1, SMK2, SMK3 dan seterusya.

Berikut saya huraikan panduan kemasukan .

1. Pelajar dikehendaki membeli nombor pin di kaunter BSN. Nombor pin ini sah diguna pakai selama setahun. Bagi pelajar yang sedang belajar di Kolej Komuniti Rompin juga tidak terkecuali untuk membeli nombor pin ini. Sekiranya pelajar itu telah ada nombor pin lama, mereka boleh menggunakan semula nombor pin tersebut sekiranya tarikh belian kurang dari setahun

2. Pelajar boleh mengisi permohonan dalam laman web http://www.jpkk.edu.my/

3. Paparan berikut akan kelihatan



4. Pelajar dikehendaki klik pada ruang yang bertanda biru 1) dan 2)

5. Seterusnya paparan tetingkap e-permohonan akan keluar




6) Pelajar dikehendaki mengisi no kp dan no pin
7) Seterusnya pelajar dikehendaki mengisi pada borang e permohonan dan hantar permohonan secara online
8) Maklumat pelajar akan di simpan dalam server.
9) Pegawai pengambilan akan memproses maklumat pelajar
10) Surat tawaran akan dikeluarkan secara online atau secara pos ke alamat pelajar
11) Bagi pelajar yang tiada kemuadahan internet boleh menghubungi unit pengambilan. Pelajar dikehendaki membeli no pin dan memaklumkan kepada unit pengambilan. Unit pengambilan akan membantu pelajar mengisi secara online.
12) Jangan bermurung
13) Sekiranya pelajar masih bermasalah untuk melakukan perkara di atas, pelajar boleh datang terus ke KKRP pada hari pendaftaran untuk di daftarkan secara walk in, dengan syarat pelajar membeli no pin pada hari mendaftar dan ada kekosongan untuk smk tersebut. No pin BSN dijual sehingga Oktober 2011