Kolej Komuniti Rompin

Kolej Komuniti Rompin

Waktu Solat Kawasan Rompin

Khamis, 14 April 2011

Asrama Kolej Komuniti Rompin



Para pelajar boleh memohon asrama dengan mengisi borang permohonan dan mengisi borang butiran peribadi. Sila klik di sini untuk mendapatkan borang asrama

1) Borang permohonan
2) Borang butiran diri

Para pelajar perlu memahami peraturan am yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Berikut disenaraikan peraturan am :

PERATURAN DI ASRAMA KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

ANTARA KESALAHAN DI ASRAMA YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN / PEMBUANGAN PELAJAR DARI ASRAMA


1)      MENCEMAR NAMA BAIK KOLEJ KOMUNITI, KAKITANGAN ATAU PELAJARNYA DENGAN KELAKUAN, KATA-KATA ATAU TULISAN MENERUSI APA JUA BENTUK MEDIA CETAK MAHUPUN ELEKTRONIK

2)      MEROSAKKAN HARTA BENDA DI ASRAMA (VANDALISME) DAN MENGOTORKAN BILIK ASRAMA

3)      MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI DI ASRAMA

4)      MEMBAWA ORANG ASING MENGINAP DI BILIK ASRAMA TANPA KEBENARAN BERTULIS

5)      BERPINDAH / BERTUKAR BILIK LAIN TANPA KEBENARAN DAN PENGETAHUAN PENYELIA ASRAMA / WARDEN BLOK

6)      BERPAKAIAN MENJOLOK MATA / KURANG SOPAN / BERSELUAR JEANS ADALAH DILARANG SAMA SEKALI

7)      MENCEROBOH KE BILIK BERLAINAN JANTINA

8)      MEMINUM / MENGEDAR / MENYIMPAN / MENYOROK / MEMBUAT / MENGHISAP / MEMPUNYAI APA JUA ALAT BERKAITAN DENGAN ROKOK / TEMBAKAU / NAJIS DADAH / GANJA / BAHAN LUCAH / MINUMAN YANG MEMABUKKAN

9)      BERGADUH, TERLIBAT ATAU BERSUBAHAT DENGAN PERGADUHAN SAMADA DI DALAM ATAU DI LUAR ASRAMA

10)  BERKELAKUAN SUMBANG ATAU TIDAK SOPAN SEPERTI BERCUMBU-CUMBUAN ATAU BERKHALWAT DAN MEMBUAT SEBARANG PERILAKU ATAU ISYARAT LUCAH SAMADA DI DALAM ATAU DI LUAR ASRAMA

11)  MELIBATKAN DIRI DENGAN KEGIATAN MENCURI, MEROMPAK, MENYAMUN, MEMERAS UGUT DAN MENCULIK


SYARAT-SYARAT MENDIAMI ASRAMA


Semua pelajar baru diberi keutamaan mendiami asrama. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan asrama dan polisi Kolej Komuniti Rompin.

Tawaran kepada pelajar lama bagi mendiami asrama ditentukan oleh Ketua Warden bergantung kepada kekosongan. Keutamaan diberi kepada kriteria berikut:
(a)                pendapatan dan tanggungan keluarga
(b)               jarak antara rumah dengan kolej
(c)                aktif dalam kegiatan ko-kurikulum & prestasi yang cemerlang dalam akademik.
(d)               pelajar yang telah memberi sumbangan kepada asrama dan Kolej Komuniti
(e)                tiada tindakan tatatertib
(f)                Orang Kurang Upaya

Pelajar yang berminat untuk mendiami asrama perlu mengisi borang permohonan yang   boleh didapati di Hal-Hal Pelajar. Pengarah atau Ketua Warden boleh menarik balik tawaran mendiami asrama atas sebab-sebab kepentingan Kolej Komuniti pada bila-bila masa. Keputusan pemilihan mendiami  asrama adalah muktamad.

Rabu, 13 April 2011

PENGURUSAN PELAJAR

PENGURUSAN PELAJAR

1.    PERTUKARAN KOLEJ KOMUNITI

1.1    Pelajar  TIDAK  dibenarkan  bertukar  kolej  semasa  sedang  mengikuti  sesuatu SMK.

1.2    Pelajar  dibenarkan  memohon  terus  ke  kolej  yang  dikehendaki  setelah  tamat menjalani setiap SMK.

2.    PERTUKARAN PROGRAM

2.1    Calon yang belum mendaftar
Semua rayuan pertukaran program hendaklah dikemukakan oleh calon kepada Kolej Komuniti yang ditawarkan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak Kolej Komuniti kepada calon.

2.3    Pelajar yang telah mendaftar
Rayuan  pertukaran  program  perlu  dikemukakan  kepada  pihak  Kolej  Komuniti berkenaan dalam tempoh TUJUH  (7) hari dari tarikh pendaftaran rasmi  (rujuk Lampiran F). Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak Kolej Komuniti kepada calon.

2.3.1    Pegawai Pengambilan   hendaklah melaksanakan langkah berikut:
i.    Meminta pelajar mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program.
ii.    Mengemukakan borang kepada KJKK/KJ untuk kelulusan.
iii.    Menyerahkan salinan borang yang telah diluluskan kepada pelajar.

2.3.2    Pelajar  yang  berjaya  perlu  melapor  diri  untuk  SMK  baharu  dan  tidak
dibenarkan kembali ke SMK sebelum ini.

2.3.3    Pengawai Pengambilan perlu berhentikan pelajar tersebut dari SMK asal
dan  mendaftarkan  semula  pada  SMK  yang  baharu  di  dalam  Sistem iDBMS.

2.3.4    Pelajar perlu membayar semula Yuran Pengajian bagi SMK yang baharu.

3.    PENANGGUHAN PENGAJIAN

3.1    Semua  rayuan  penangguhan  pengajian  hendaklah  dikemukakan  oleh  calon
kepada Pengarah Kolej Komuniti. Pemohon perlu mengisi Borang Penangguhan
Pengajian  (rujuk Lampiran G). Sila sertakan dokumen sokongan  (surat rayuan
pelajar / ibubapa / penjaga atau laporan kesihatan) jika ada.

3.2    Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak   Kolej Komuniti kepada calon.

3.3    Bagi  pelajar  yang  tidak  menghadiri  kesemua  kelasnya  melebihi    25%  dari keseluruhan  jam  kehadiran  akan  diklasifikasikan  sebagai  Pelajar  Lari  dari Pengajian dan ditangguhkan secara automatik. Pensyarah kelas perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian pelajar tersebut (rujuk Lampiran H).

4.    BERHENTI PENGAJIAN

4.1    Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti hendaklah melaksanakan langkah-langkah berikut:
i.    Meminta pelajar mengisi Borang Berhenti (rujuk Lampiran I).
ii.    Menerima  keputusan  daripada  Pengarah  dan  memaklumkan  keputusan permohonan kepada pelajar.
iii.    Mengedarkan  salinan  surat  makluman  tarikh  kuatkuasa  berhenti  jika
diluluskan kepada:
a.   KJKK / KJ / Ketua Program / Pensyarah Kelas
b.   Pegawai Hal Ehwal Pelajar
c.   Pegawai Peperiksaan

4.2    Mengemaskini data pelajar dalam pangkalan data.

PENDAFTARAN PELAJAR

PENDAFTARAN PELAJAR
Kolej Komuniti dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar untuk memastikan proses pendaftaran berjalan dengan sistematik, teratur dan lancar.

1.    Tarikh Pendaftaran

1.1    Pihak Kolej Komuniti akan memaklumkan tarikh pendaftaran.

2.    Proses Pendaftaran

2.1    Sebelum Pendaftaran
2.1.1    Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar.
2.1.2    Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar hendaklah menyediakan keperluan
pendaftaran berdasarkan Kolej Komuniti masing-masing.
2.1.3    Pegawai Pengambilan dikehendaki memantau proses pendaftaran.

2.2    Pada Hari Pendaftaran

2.2.1    Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar hendaklah menjalankan tugas-tugas
berikut:
i.    Penyemakan dokumen
ii.    Pembayaran/resit
iii.  Pendaftaran pelajar - secara on-line atau off-line
iv.  Kutipan borang (BHHP 1 - BHHP 6) untuk Fail Peribadi Pelajar bagi
    calon yang pertama kali ditawarkan.
v.  Bagi pelajar yang pernah mengikuti program SMK sebelum ini, fail
    peribadi  pelajar  tersebut  perlu  diperolehi  dari  kolej  sebelumnya
    selepas pelajar tersebut mendaftar.

2.2.2     Jawatankuasa pendaftaran pelajar hendaklah menyemak dokumen asal.
i.  Tandakan `ü’ jika maklumat sahih. Tandatangan dan catatkan tarikh
    dalam ruang yang disediakan.
ii.  Tandakan     `X’  dan  highlight  pada  maklumat  yang  bercanggah,
    tandatangan  dan  catatkan  tarikh  dalam  ruang  yang  disediakan.
    Serahkan kepada Pegawai Pengambilan untuk tindakan seterusnya.
    (rujuk perkara 4 -Tatacara Percanggahan Maklumat).

2.3    Selepas Hari Pendaftaran

2.3.1    KJKK/KJ  boleh  mendapatkan  senarai  nama  dari  Sistem  Pengurusan
Maklumat Bersepadu secara online (iDBMS)

TAWARAN KEMASUKAN

TAWARAN KEMASUKAN

1.    PROSES PENAWARAN

1.1    Pihak Kolej Komuniti akan melaksanakan perkara berikut:
i.    Membuat pemilihan dan penawaran kepada calon yang berjaya melalui
sistem e-Pengambilan setelah menerima data pemohon untuk ditawarkan
daripada JPKK.
ii.    Mencetak senarai nama calon yang telah ditawarkan.

2.    SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

2.1    Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
i.    Laman Web:  http://upu.mohe.gov.my dan http://www.jpkk.edu.my
ii.    Kolej Komuniti dan JPKK.

3.    PROSES PENERIMAAN TAWARAN

3.1    Bagi  calon  yang  baharu  PERTAMA  KALI  ditawarkan  perlu  mengembalikan
dokumen seperti berikut:
i.    Borang Jawapan Tawaran (BJT-KK)
ii.    Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
iii.    Lain-lain sijil (jika ada)
iv.    Sampul surat berukuran  32cm x  23cm  (saiz A4) beralamat sendiri dan
setem RM1.00.
v.    Calon yang menolak tawaran akan mengabaikan perkara (ii) hingga (iv).

3.2    Bagi   calon   yang   pernah   mengikuti   program   SMK,   calon   hanya   perlu
mengembalikan dokumen seperti berikut:
i.    Borang Jawapan Tawaran (BJT-KK)
ii.    Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
iii.    Salinan Sijil Modular Kebangsaan yang berkenaan yang telah disahkan
iv.    Sampul surat berukuran  32cm x  23cm  (saiz A4) beralamat sendiri dan
setem RM1.00.
v.    Calon yang menolak tawaran akan mengabaikan perkara (ii) hingga (iv).
vi.    Kolej yang berkenaan perlu mendapatkan Fail Peribadi Pelajar tersebut
daripada  kolej  sebelumnya  selepas  pelajar  tersebut  mendaftar  di kolej
baharu.

3.3    Unit  Pentadbiran    /  Unit  HEP    /  Unit  Pengambilan  Kolej  Komuniti  hendaklah
melaksanakan perkara-perkara berikut:
i.     Menyemak status warganegara dan umur melalui salinan dokumen yang
dikemukakan oleh calon. Tanda `ü’ jika maklumat sahih. Tanda `X’ dan highlight
pada maklumat yang bercanggah. (rujuk perkara 4 - Tatacara Percanggahan Maklumat).
ii.    Menghantar dokumen pendaftaran dengan menggunakan sampul surat
yang disertakan oleh calon.

3     Panduan Pengambilan Pelajar Sijil Modular Kebangsaan Edisi 2

3.4    Pegawai Pengambilan hendaklah mempertimbangkan keadaan berikut jika calon
menghantar Borang Jawapan Tawaran selepas tempoh yang ditetapkan.
i.    Sekiranya terdapat kekosongan, terima calon tersebut dan melaksanakan
tatacara 3.1 dan 3.2.
ii.    Sekiranya   tiada   kekosongan,   terima   calon   sebagai   calon   dalam
pertimbangan.

Maklumat kemasukan


MAKLUMAT KEMASUKAN

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PROGRAM

Syarat kelayakan kemasukan adalah seperti berikut:
i.    Warganegara Malaysia.
ii.    Berumur 17 tahun ke atas

PERMOHONAN KEMASUKAN
Permohonan  kemasukan  pelajar  ke  Kolej  Komuniti  adalah  dibuka  sepanjang
tahun melalui laman web:
http://upu.mohe.gov.my mulai Januari hingga April
Calon lepasan SPM tahun 2007 ke atas
ii    http://www.jpkk.edu.my dibuka sepanjang tahun
a.    Calon BUKAN lepasan SPM
b.    Calon dari golongan pesara, lepasan IPT dan sedang bekerja
c.    Calon SPM tahun 2007 ke bawah
d.    Calon lepasan SPM tahun 2007 ke atas yang memohon selepas April.

2.2    Setiap  permohonan  perlu  menggunakan  Nombor  Unik  ID  yang  boleh  dibeli
melalui   Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60.

3.    KOD DAN NAMA PROGRAM

3.1    Kod dan nama program yang digunakan adalah seperti berikut:
i.    Kod dan nama Pakej Program adalah seperti di Lampiran A.
ii.    Kod dan nama Program Sijil Modular Kebangsaan seperti di Lampiran B.

4.    IKLAN KEMASUKAN KOLEJ KOMUNITI

4.1    Iklan kemasukan ke Kolej Komuniti diuruskan oleh JPKK, menerusi medium berikut:
i.    Akhbar-akhbar utama tempatan
ii.    Laman web http://upu.mohe.gov.my dan http://www.jpkk.edu.my




Kesukaran mendapatkan borang?

Masalah ini sering dihadapi oleh pelajar Kolej Komuniti Rompin terutamanya untuk mendapatkan borang berhenti. Kebanyakan pelajar berhenti tanpa memaklumkan kepada kolej komuniti mengakibatkan data pelajar masih berada dalam sistem IDBMS.
Selain dari itu terdapat pelajar mengambil jalan mudah untuk bercuti tanpa mengisi borang cuti. Halaman ini dapat membantu pelajar mendownload borang berkaitan.Pelajar boleh klik perkataan di bawah :

1) Borang cuti pelajar
2) Borang berhenti pengajian
3) Borang tangguh pengajian
4) Borang menukar program pengajian

Pengenalan Kepada Blog Pengambilan KK Rompin

Tujuan blog ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pelajar Kolej Komuniti Rompin untuk berurusan berkaitan hal ehwal pengambilan pelajar mencakupi :

1) Proses kemasukan pelajar
2) Proses penangguhan pelajar
3) Proses pertukaran kolej komuniti
4) Proses berhenti pengajian